18 June 2013

PERKONGSIAN : ITS ALREADY SYAABAN !


RAMADHAN IS COMING .
BE PREPARED .
welcome it with lot of aamal .
dont regret .
barakallahu fikum

10 April 2013

LAGU : Menjadi Diriku - Edcoustic


lagu ni sangat memberikan motivasi dikala hati lemah . 
besides that , remember ! have faith in Allah . read through al-Quran . 
Allah knows what's best for us . 

chill lah . ;)

19 January 2013

MOTIVASI : Sudah Terhantuk Baru Nak Terngadah



TINGG!!!


Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Dia menyambung semula kerjanya.

...



TINGG!!!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kir
i, kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yang mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.
Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Ibrah :
Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.



Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

01 January 2013

13 December 2012

TIPS : Ujian

tertarik dgn perkongsian sahabat NurAziah
copypaste dari sini

Persoalan & Jawapan Melalui Al Qur'an Tentang Ujian Hidup


kita bertanya : KENAPA AKU DIUJI? 
AL-QURAN menjawab : 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." 
(Surah Al-Ankabut : 2-3) 

kita bertanya : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN 
AL-QURAN menjawab : 
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
(Surah Al-Baqarah : 216) 

kita bertanya : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 
AL-QURAN menjawab : 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
(Surah Al-Baqarah : 286) 

kita bertanya : KENAPA RASA FRUST? 
AL-QURAN menjawab : 
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." 
(Surah Ali-Imran : 139) 

kita bertanya : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 
AL-QURAN menjawab  : 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Ali-Imran : 200) 

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 
AL-QURAN MENJAWAB : 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 
(Surah Al-Baqarah : 45) 

kita bertanya : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 
AL-QURAN menjawab : 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... " 
(Surah At-Taubah : 111) 


kita bertanya : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
AL-QURAN menjawab : 
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." 
(Surah At-Taubah : 129) 

kita bertanya : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! 
AL-QURAN menjawab : 
"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." 
(Surah Yusuf : 12)

ingat janji Allah : surah asy-Syarh : ditegaskan dlm ayat 5 dan 6 :) sungguh janji Allah itu pasti .
wallahu a'lam . barakallahu fik