19 March 2011

Menentukan Hala Tuju Selepas Alam Persekolahan

Sedikit perkongsian tentang cita-citaku :)

Sudahkah anda menetapkan masa depan anda? Kalau belum, mulakan daripada sekarang. Masa depan anda sedikit sebanyak ditentukan oleh kebijaksanaan anda mengatur sepak terajang dalam kehidupan seharian.

Selepas sekolah - atau secara yang lebih tepat lagi, selepas peperiksaan nanti - apakah perancangan anda? hendak ke mana anda akan menentukan haluan hidup anda? Masa untuk bergantung hidup kepada ibu atau bapa sudah hampir sempai ke penghujung. Kini, masa depan anda berada di dalam genggaman anda sendiri.

Memilih kerjaya bukan mudah. Anda memerlukan cukup keberanian untuk membuat keputusan sejak di peringkat awal lagi. Tambahan pula di bawah sistem terbuka Sijil Pelajaran Malaysia, maka apakah kertas yang akan anda duduki semasa peperiksaan kelak akan menentukan di fakulti mana anda akan berada bila menjejak kaki ke menara gading kelak.

Dalam konteks hari ini, menentukan pilihan kerjaya lebih kritikal berbanding di universiti mana anda harus berada.
Ini kerana setelah menetapkan kerjaya pilihan, barulah anda memilih universiti mana yang terbaik.
Sebelum itu, sudah tentulah anda akan perlu perlu melihat sejauh mana kemampuan akademik anda.
Ada kursus di universiti yang memerlukan syarat akademik yang ketat. Ada yang lebih kurang sahaja. Untuk melihat lebih lanjut syarat-syarat serta kursus-kursus yang ditawarkan di beberapa institusi pengajian tinggi awam, anda boleh berjunjung ke laman web ini: http://www2.moe.gov.my/~jpt/ipta.htm
Adalah sangat perlu kepada para pelajar mengetahui kursus-kursus yang sepatutnya mereka ikuti semasa di universiti kelak, selaras dengan minat dan kemampuan akademik mereka.

Pengarang 50 Kerjaya Pilihan, Mohd Mohamed telah mengarang dan mengolah bukunya secara mudah bertujuan memudahkan para pelajar memilih kerjaya.
Sebahagian daripada bidang-bidang kerjaya yang terdapat di dalam buku tulisannya itu pernah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Buku ini amat sesuai untuk para pelajar sekolah menengah, khususnya bakal calon dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Buku berkenaan juga boleh dijadikan panduan oleh guru-guru dan kaunselor sebagai bahan untuk memberi penerangan dan khidmat nasihat kepada pelajar mereka berkaitan peluang-peluang melanjutkan pelajaran.
Antara bidang-bidang kerjaya yang telah dipilih oleh pengarang buku berkenan ialah:
Aktuari
Arkitek
Bioteknologi
Bioperubatan
Veterinar
Dietetik
Juruterbang
Sains Nuklear

SAINS AKTUARI
Perkembangan pesat yang berlaku di dalam industri kewangan, pelaburan dan insurans dalam pembangunan negara memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini. Namun, kepakaran di bidang ini masih berkurangan.
Skop bidang ini meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis pelbagai ketidaktentuan yang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kesan kewangan dalam masyarakat.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan:

1. Meminati bidang ini.
2. Berpengetahuan di bidang matematik, statistik dan ekonomi.
3. Mahir di bidang komputer
4. Mempunyai kemahiran menganalisis.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)

SYARAT-SYARAT UMUM
Kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik atau Kimia dan mana-mana mata pelajaran lain.
Selain itu, kementerian Pendidikan juga menawarkan program-program matrikulasi sains hayat dan fizik yang memerlukan pelajar lulus peperiksaan gred satu dengan mendapat kepujian bahasa Melayu, Matematik, Matematik tambahan serta kepujian sekurang-kurangnya dua mata pelajaran lain.

KEDOKTORAN VETERINAR

Para pelajar yang mengikuti kursus ini, apabila menamatkan pengajian kelak akan berkhidmat di bidang perubatan dan sains kesihatan haiwan.
Doktor haiwan akan melakukan aktiviti perubatan seperti mendiagnosis penyakit, merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan, memberi ubat pelalai dan menjalankan pembedahan haiwan.
Lulusan bidang ini boleh mendapatkan pekerjaan di ladang ternakan, di industri ternakan dan pengeluaran makanan, klinik-klinik haiwan, Kementerian Pertanian, zoo, makmal-makmal haiwan, universiti (pensyarah), membuka klinik haiwan sendiri dan banyak lagi.
Syarat Melanjutkan Pengajian
Cara pertama: Lulus dan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Calon juga perlu dengan gred baik dalam mata pelajaran biologi pada peringkat STPM dan kepujian mata pelajaran kimia pada peringkat atau lulus dengan gred baik mata pelajaran kimia peringkat STPM dan kepujian biologi.

..:: tak kira apapun cita2 kita , pastikan halal , mengharap keredhaan Allah , insya Allah , dipermudahkan jalan utk capai cita2 kita :) ameen~